Sunday, April 6, 2014

Apakah yang dimaksudkan dengan solekan Natural atau Asli?

Kepada para pencinta teknik solekan natural/asli
"The Best Thing Is To Look Natural, But It Takes Makeup To Look Natural"


Apakah yang dimaksudkan dengan solekan Natural atau Asli?
  • Solekan Natural memberikan maksud, solekan yang tampil tiada perbezaannya dengan warna kulit asal.
  • Solekan Natural memberikan penampilan kemas dan berseri tanpa menampakkan seolah-olah anda SEDANG BERSOLEK.
  • Kata Kunci Utama Solekan Natural ialah: Tanpa Nampak Bersolek 
  • "cantiknya kulit.... Macam Tak Mekap je... Macam Tak Mekap je..."

Solekan Natural memberikan penekanan kepada beberapa aspek berikut:
  1. Bedak Asas: 
    • Warna Bedak Asas mestilah tampil sama warna dengan kulit asal. 
    • Tidak lebih putih atau tidak lebih gelap dari kulit. 
    • Apabila anda tersenyum, garisan bibir tidak memberikan hasil lorekan yang berkerak menandakan anda sedang memakai bedak asas. 
    • Penggunaan CC Cream dan juga BB Cream memberikan kepuasan kepada pencinta solekan Natural kerana memberikan penampilan kulit wajah yang gebu tanpa nampak bersolek.
  2. Solekan Mata: 
    • Warna Solekan Mata tidak terlalu garang dan tidak terlalu pekat tetapi masih tampil memikat dengan warna-warna alami seperti coklat dan hitam. 
    • Koleksi Pencil KOHL FCC dan juga Soft Touch Eyeshadow menjadi pilihan solekan tanpa nampak bersolek.
  3. Pemerah Pipi: 
    • Pilihan Warna Pemerah Pipi mengekalkan keaslian warna pipi. Tidak terlampau merah seperti badut sarkis.
    • Penggunaan warna lembut seperti Baby Pink, Harmony dan Peach memberikan penampilan yang lembut dan menawan. 
    • Powder Pearl Blusher FCC Kod 01 merupakan Kod warna terbaik memberikan penampilan segar tanpa nampak bersolek.
  4. Gincu Bibir/Lipstick: 
    • Ramai yang tahu tentang pemilihan warna bibir jenis natural adalah warna-warna seperti coklat dan nude. 
    • Apa yang perlu anda fahami, Warna Natural terdiri daripada warna Soft Pink, Soft Peach, Soft Maroon dan Orange merupakan pilihan warna natural yang bersesuaian untuk pelbagai warna kulit.
    • Tidak semua orang nampak Natural apabila menggunakan warna Coklat.

Semoga Tips ini dapat membantu anda membuat pilihan.

Emailkan pertanyaan anda kepada azian@draz.my jika anda memerlukan konsultasi daripada saya secara peribadi.
Pertanyaan anda InsyaAllah akan cuba dijawab dengan segera.

Dapatkan pelbagai Tips Cantik dan Menarik di http://fcc-makeup.blogspot.com/

Wednesday, February 12, 2014

Tanya Sama Lynnda 04


Anda tanya... Saya jawab
Liz Lan merupakan MUA yang aktif menggunakan produk FCC
Beliau berkongsi persoalannya di dalam grup kami


Soalan saudari Liz Lan: Apakah base makeup FCC yang best?

Berikut adalah contoh jawapan dari saya [FB Personal Saya: Azian Jay]

"Kalau tujuan utk long lasting makeup:
  • jika membuat base makeup menggunakan produk FCC, base yang saya gunakan ialah FCC Stick. Mengapa FCC Stick? Ini adalah kerana ia mengandungi kolagen iaitu bahan asli yang sangat membantu di dalam melembutkan bahagian kulit yang kasar.
  • Bagi melembutkan rough lines (kedut tepi mata dan tepi bibir) saya menggunakan High Performance Foundation (HPF). Ia khas untuk kulit wajah yang banyak berkedut di sekitar bawah mata dan tepi mata serta garisan senyum di tepi bibir area. Untuk finishing saya akan gunakan Wet & Dry 2 Way Foundation
  • jika kulit customer kuat berpeluh atau berminyak saya akan gantikan dengan Stay Matte Foundation. Namun begitu, asas ataupun makeup base tetap saya gunakan FCC stick. Manakala untuk finishing saya akan gunakan Silky Touch Compact Powder.

Kalau tujuan untuk short term makeup dan tidak melibatkan photoshoot dll:
  • Saya hanya gunakan High Performance Foundation dan finishing dengan Wet & Dry 2 Way Foundation saja

BEST product yg saya tak pernah miss guna:
  • Terracotta Powder No 01 utk tulang kening (natural look tak nampak over sangat) & juga untuk menaikkan tulang pipi
  • Liquid Concealer FCC: saya suka guna untuk mencantikkan dan mengemaskan bahagian atas dan bawah kening yang besar dan bersepah

Foundation FCC paling cantik diaplikasikan ke wajah dengan menggunakan Stippling Brush"


Anda ada persoalan? 
Drop me an email, I am more than happy to assists you    

Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar anda
Call or SMS 012-2399629
Whatsapp ONLY +6010-5157758
ceo@draz.my

Sunday, January 26, 2014

Tips dan Panduan Bagaimana Memilih dan Menggunakan Lip Pencil




Langkah 1: Mulakan dengan mimilih Lip Pencil yang sama warna dengan bibir anda ataupun Gincu Bibir yang anda suka. Mulakan sapuan di bahagian atas bibir.

Langkah 2: Sapukan ke seluruh bahagian bibir atas

Langkah 3: Kemaskan bahagian tepi dan bawah bibir

Langkah 4: Sapukan bahagian bawah bibir dengan kemas

Langkah 5: Isikan ruang-ruang kosong dan kemaskan


kod pilihan warna menarik:
201: soft pink (FAV color)
202: Light Chocolate/Soft Brown
205: Dark Pink/Pink Terang
207: Red/Maroon Red (FAV Color)
210: Soft Peach

Dapatkan pilihan Lip Pencil anda sekarang!!!
Sesuai untuk semua jenis kulit.

Dapatkan khidmat nasihat pakar anda
Call or SMS 012-2399629
Whatsapp ONLY +6010-5157758
order@draz.my

Thursday, October 24, 2013

Tanya Sama Lynnda 03

Anda tanya... Saya jawab

Berikut adalah contoh soalan daripada Syafini yang telah dihantar ke email saya usahawan@draz.my

















Wednesday, October 23, 2013

Tanya Sama Lynnda 02

Anda tanya... Saya jawab

Berikut adalah contoh soalan daripada Kasma yang telah dihantar ke email saya usahawan@draz.my
Kasma ingin tahu tentang produk dan foundation yang bersesuaian untuk kulitnya yang bermasalah.

Masalah Kulit Kasma:
kulit berjerawat
kulit sensitif
Saya memberikan dua pilihan kepada Kasma samada ingin memperbaiki masalah kulitnya atau hanya ingin sorok masalah kulitnya. Bagi saya pilihan terbaik ialah memperbaiki masalah kulit terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang alat solek. Ini adalah kerana, kulit yang cantik akan memberikan hasil solekan yang menawan untuk jangka masa panjang

Semoga perkongsian jawapan saya ini turut dapat membantu anda semua memahami bagi yang mempunyai persoalan yang sama.







Tanya Sama Lynnda 01

Anda tanya... Saya jawab

Berikut adalah contoh soalan daripada Shalini Loganathan yang telah dihantar ke email saya azian@draz.my
Shalini ingin tahu tentang produk FCC dan beliau juga ingin tahu apa perbezaan dan kegunaan Dermacolor dan KRYOLAN Fixing Spray [klik tulisan ini untuk lihat gambarnya].
Semoga perkongsian jawapan saya ini turut dapat membantu anda semua memahami bagi yang mempunyai persoalan yang sama.




Thursday, October 17, 2013

TIPS: Macamana nak apply eyeshadow simple yang cantik?


Saya menerima soalan dari pengguna baru yang baru nak belajar tentang solekan

Soalan beliau: 
"Sis, ada tips tak macamana nak apply eyeshadow yang simple tapi nampak cantik?"

Jawapan saya:
Perlu ada dua benda je dalam simpanan iaitu:
  1. KOHL Pencil 
  2. apa saja warna Eyeshadow yang anda minati
Cara solekan:
  1. sapu KOHL Pencil terlebih dahulu di atas kelopak mata
  2. sapu Eyeshadow di atas KOHL Pencil tadi
Hasilnya: 
Eyeshadow TAHAN LAMA
Warna Eyeshadow jauhhhh lebih cantik daripada yang tidak menggunakan KOHL Pencil

Tips ini saya perolehi sewaktu bekerja bersama TV3 untuk program rancangan realiti di Seri Pentas TV3 Plaza Alam Sentral sewaktu menyolekkan artis (termasuklah Dato Siti Nurhaliza) sebelum sesi penggambaran dimulakan.




Tuesday, October 1, 2013

Bengkel Andaman Pengantin DUA Hari



Fees kelas 2 hari rm700
Ada diskaun 50% utk early bird yg bayar deposit sebelum 05 Okt 2013
So Early Bird hanya bayar kelas 2 hari rm350...

Ada ke kelas andaman yang rm350 utk dua hari ye?
Rasanya susah nak jumpa.
Kalau ada pun yg mengajar tu masih baru

Anyway, kelas ni praktikal 95% dan ini kelas andaman, bukan kelas solekan peribadi dan mekap artis kami ni professional didatangkan khas dari istana budaya

Untuk yg berminat boleh buat bayaran deposit rm150 ke:
Maybank 562777201100 D RAZ Enterprise
CIMB 12320001457203 Nor Azian Jamil

Baki bayar masa hari pertama datang kelas

Friday, August 23, 2013

Tips Solekan Simple dan Nipis

Anda sukakan solekan simple?
Anda sukakan solekan nipis?


Jawapannya:
Gunakan Compact Powder ataupun Cake Makeup (juga dikenali sebagai Two Way Cake)

Apakah perbezaan Compact Powder dan juga Two Way Cake/Cake Makeup?
Compact Powder: 
- Menggunakan Sponge Puff
- Memberikan kesan gebu
- Bedaknya sedikit berdebu apabila puff tersebut menyentuh bedak dan disapukan ke wajah

Two Way Cake/Cake Makeup: 
- Menggunakan Sponge Latex
- Memberikan kesan matte iaitu kemas
- Bedaknya sedikit keras yang dipanggil cake
- Apabila puff menyentuh bedak, ia kurang berdebu dan apabila disapukan ke wajah ia akan tampak sedikit tebal




Kebiasaannya bagi anda yang tidak gemar bersolek pasti akan ada salah satu daripadanya di dalam tas tangan anda.
Fungsi kedua bedak tersebut adalah untuk memastikan kulit sentiasa dalam keadaan kemas, gebu dan tidak berkilat.

Pastikan bedak yang anda gunakan adalah betul dan tepat dengan mempelajari pelbagai teknik dan tips yang diajar oleh Mekap Artis Professional kami.

KLIK untuk Mendaftar Bengkel Solekan Peribadi bersama Mekap Artis Professional pada 15 September 2013 

Friday, July 12, 2013

RAHSIA dan Tips mendapatkan solekan mata yang cantik




Lagi-lagi Tips Solekan Mata
Bagaimana mendapatkan solekan mata secantik ini?
Anda ingin tahu caranya?





Langkah demi langkah:
Dapatkan Terracotta 4 Color Eyeshadow Kod Warna yang anda gemari daripada koleksi berikut

http://fcc-makeup.blogspot.com/2012/08/terracotta-4-color-eyeshadow.html

Saya berikan contoh bagi anda yang meminati warna ungu:
Ungu adalah warna yang penuh dengan Kasih Sayang dan mampu Mencuri Tumpuan orang terhadap penampilan anda.
Wah! Benarkah?



- Kod 06 adalah palet berwarna ungu yang mengandungi satu warna Ungu Gelap, Ungu Cair, Silver keputihan dan Silver Kehitaman
- Ambil warna ungu Cair Ungu Cair dan sapukan mengguna berus mata ke seluruh kelopak mata.
- Pastikan sapuan anda kemas dan teratur bagi memberikan hasil yang sempurna
- Kemudian gunakan berus mata yang kecil sedikit dan ambil warna Ungu Gelap dan sapukan pada bahagian yang berhampiran dengan bulu mata.
- Pastikan warna yang disapukan adalah separuh bahagian dari kelopak mata di mana anda menyapukan warna Ungu Cair tadi
- Perlu DIINGAT: Sapuan anda hendaklah secara dab dab. Jangan sesekali menyapu warna seperti teknik menyapu sampah di lantai
- Akhirnya gunakan berus yang halus sedikit dan sapu saki baki warna ke bahagian bawah mata bagi memberi kesan smoked atau smudged (comot) yg kemas dan cantik.
- Ia memberikan penampilan mata bundar dan seksi.

JANGAN LUPA! Maskara amat diperlukan bagi melengkapkan solekan mata anda.

Saya doakan anda dapat mempraktikkan panduan ini sebagai salah satu cara menggembirakan kehidupan anda. Hidup perlu dinikmati dengan warna-warna yang ceria!

Bagi yang ada masalah tak tahu nak buat atau masih blur blur katak, boleh lah berjumpa saya pada 21 Julai 2013
http://fcc-makeup.blogspot.com/2013/07/jom-cantik-raya-kenali-warna-dirimu.html

Apakah RAHSIA Warna dalam Solekan Mata Anda?

Hari ini saya nak kongsikan RAHSIA Warna dalam solekan
Haaa..... ingat main tonyoh je ke?
Ingat main ikut warna baju je ke?

Tahukah anda?
APA YANG ANDA PAKAI
APA YANG ANDA PILIH
Menentukan PERSONALITI anda pada hari itu

Tak tahu? Ni la yang kena ambil tahu... 



Saya kongsikan RAHSIA Warna dengan menggunakan koleksi Eye Shadow yang lebih hangat dan menarik iaitu Terracotta Mono Eye Shadow

Ada 10 pilihan warna menarik menanti anda.
AWESOME kan!

Mari saya perkenalkan koleksi 10 warna menarik yang bakal memberikan impak berbeza kepada penampilan anda:

No 01 - Dark Blue/Navy Blue -
Jika kerjaya anda seorang lecturer/trainer/cikgu amat perlu gunakan warna ini sewaktu sedang mengajar.
Warna ini juga sangat membantu anda jika anda seorang pelajar yang sering gugup dan kecut perut sewaktu penyampaian/pembentangan kertas kerja.
Nak tahu sebabnya?

No 02 - Light Purple/Soft Purple -
Jika anda ingin disayangi atau memerlukan perhatian seseorang, gunakan warna ini sewaktu berjumpanya .
Luahkan perasaan anda hanya melalui warna.
Aneh bukan?

No 03 - Light Green/Soft Green -
Jika anda mencari keseimbangan dalam diri, gunakan warna ini bagi menceriakan hari anda.
Pasti sangat menarik hari anda

No 06 - Soft Pink - penerangan sama seperti Purple

No 09 - White (very beautiful for highlight and to enhance your eye area) -
Untuk makluman, warna no 09 sangat sesuai dipakai secara ketara. Namun begitu ramai Makeup Artis menggunakan warna ini kerana hasilnya yang sangat menarik. Ia menyerlahkan bahagian mata anda tanpa perlu berkata apa-apa

No 10 - Brown (for natural look lovers) -
Anda sukakan privasi... tidak mahu tampil terlalu menyerlah... gunakan warna ini bagi menggapai impian anda

No 12 - Dark Purple - penerangan sama seperti Pink dan Purple

No 13 - Grey/Silver (dalam gambar nampak macam hitam tapi sebenarnya bukan hitam) -
Warna ini memberikan kerehatan dan ketenangan kerana ia adalah warna-warna alam yang asal... lupakan kesukaran dan kepedihan yang hadir dalam hidup anda hari ini dan jana minda baru yang lebih positif

No 15 - Gold/Yellowish -
Apabila anda rasa seolah tidak bermaya, berikan sentuhan warna kuning bagi menambat tenaga yg menghilang. Anda pasti kembali bersemangat dan dapat idea baru dalam menjayakan sesuatu.

No 18 - Pink - penerangan sama seperti Pink dan Purple

Apa kata anda?
Adakah ini dapat membantu anda membuat pilihan?
Anda faham?

Saya doakan anda dapat mempraktikkan panduan ini sebagai salah satu cara menggembirakan kehidupan anda. Hidup perlu dinikmati dengan warna-warna yang ceria!

Kami menyediakan Personal Coaching bagi membantu membina The New YOU
CALL 013-2028986/012-2399629
Email: azian@draz.my

Thursday, August 2, 2012

CANTIK - Tips Solekan




Cetusan warna hangat menghiasi kanvas majahmu. Solekan mata ditegaskan dengan rona gelap membingkai ruang mata memberikan ilusi berani dan seksi.
TRUE COLOR LIPSTICK
Serlahkan godaan solekan gothic pada bibirmu dengan pilihan warna dari True Color Lipstick. Rona garang dan gelap menjadi pilihan agar penampilan menjadi lebih berani dan hebat. Teksturnya lembut dan berkirim apabila dioles ke bibir dan kekal lama. Memberi litupan yang menyeluruh pada bibir yang seksi.
TENDER BLUSH ON
Hiasi pipi gebumu dengan sapuan pemerah pipi ini yang bakal menyerlahkan pesona wajah yang memukau. Teksturnya lembut serta sehalus sutera saat dilayangkan pada tulang pipi. Membantu menaikkan tulang pipi saat rona pemerah pipi ini melekat di pipi. Pelbagai pilihan warna yang menarik dan sesuai untuk semua jenis ton warna kulit.
SOFT TOUCH MONO EYESHADOW
Kerdipan mata yang menawan mampu diserlahkan dengan sapuan pembayang mata yang hebat. FCC turut menyediakan beberapa pilihan warna untuk pembayang mata yang menarik hanya dengan satu sentuhan. Pesona matamu akan lebih bersinar dan menggoda. Solekan juga akan tahan lebih lama.
TWEEN EXTENSION MASCARA
Mata memukau dengan sapuan maskara yang hebat, Tween Extension Mascara terbaru dari FCC. Didatangkan dalam dua tube dengan dua berus yang berbeza warna. Berus putih ialah untuk memisahkan setiap helaian bulu mata agar nampak satu persatu. Manakala berus hitamnnya ialah bagi menaikkan volumn bulu mata yang maksimum. Mengandungi vitamin E dan melindungi bulu mata akan kekal lama.
TIP SOLEKAN
  1. Solekan smokey eyes memberikan ilusi besar kepada mata yang bersaiz kecil.
  2. Caranya, memulakan garisan dari penjuru mata membawa ke tengah mengikut bentuk mata supaya mata tampak lebih besar. Kemaskan dengan rona pembayang mata pilihan.
  3. Jangan lupa lentikkan bulu mata anda dengan maskara hitam untuk kesan yang lebih dramatik.

Oleh: EDITORIAL NONA
Tarikh: 25 April 2012

Friday, July 20, 2012

JOM: Belajar Membentuk Kening

Bagaimana membentuk kening?

Untuk membentuk kening seperti di atas - SANGAT MUDAH
KENAPA? Sebab kening dah cukur cantik dan sangat kemas. Anda hanya perlu sapukan eyebrow pencil (Pensil kening) sahaja. 
Tetapi bagi anda yang ingin mempelajari teknik membentuk kening, begini caranya:
1. Gunakan berus kening (eyebrow brush) untuk mengemaskan kening
2. Gunakan berus kening senget (angled brow brush) untuk meletak warna yang digemari. Gunakan warna coklat gelap atau coklat. Elakkan menggunakan coklat kemerahan. Coklat gelap boleh diperolehi daripada eyeshadow ataupun dari pensil kening.
3. Sapukan dengan berhati-hati untuk bahagian hujung kening bagi mengelakkan ia tampil terlalu tebal. Kita hanya memerlukan hujung yang tajam bagi memberikan hasil yang cantik


Cabaran: Anda tahu bagaimana membentuk kening sebegini?
Kening Paling Susah nak buat

Jika anda mampu memberikan hasil terbaik dengan kening sebegini tanpa mencukur, barulah anda dikira seorang Makeup Artist yang berjaya/professional.
AzzaLynn Bridal ada menyediakan kursus Membentuk Kening tanpa perlu mencukur.


SELAMAT MENCUBA!!!

Friday, July 13, 2012

Tips MUA: Foundation tak melekat kat muka?

Question: Nak tanyer u all penah tak mengalami faudation stick tak melekat kat muka. walaupun primer or pelembab telah digunakan? shared sikit...




Answer by AzzaLynn Bridal: 
kalau foundation stick tak melekat, elakkan guna primer atau pelembab berlebih2an.. 
perkara ni berlaku sbb ada sesetengah kulit customer 'reject' foundation baik jenis stick/cream/liquid/dll... 
'Rejection' berlaku disebabkan kulit manusia menghasilkan sejenis rembesan cecair halus (kombinasi peluh dan minyak).... perkara ni mmg akan selalu kita jumpa sbb kulit kita memerlukan ruang utk bernafas... 
semua jenis foundation tak kira cream ke stick ke liquid ke spray ke akan beri effect sebegini... cara atasi, boleh guna jari atau berus foundation kecil.. bukan berus yg besar 3 inci tu ye.... guna yg saiz 1/2 inci je sbb kita nak elakkan masalah berlaku lebih besar. kena berhati2... blend guna berus berselang seli dgn span pink atau latex (tak berapa digalakkan guna) sehingga ia kembali OK ke asal... 
Di antara kawasan yg akan ketara nampak masalah ni ialah atas bibir di antara hidung dan bibir, di atas hidung yg kawasan bulat tu atau di atas batang hidung... kawasan2 tu paling selalu berlaku... 
Selepas dah kemas, cepat2 dab dengan fixing powder... 
Dermacos fixing powder mempunyai tekstur yg sangat halus, senang meresap kat kulit yg bermasalah 'rejection' ni... Dermacolor Fixing powder ataupun Translucent Powder agak kurang sesuai sbb tekstur dia mcm rice powder sket... 
Elakkan guna sebarang jenis cake makeup utk atasi masalah ini... cake makeup akan menambahkan masalah ini... selamat mencuba... sebab saya pun sentiasa hadapi masalah ni... :)






Wednesday, April 18, 2012

Eyeshadow: Terracotta Mono Eyeshadow



TERRACOTTA MONO EYE SHADOW
Product Code:TME 

RM29.90 (WM)
RM31.90 (EM)

Tips Warna:
01(Navy Blue)
02(Lilac/Light Purple)
03(Apple Green)
06(Soft Pink)
09(Dashing White)
10(Brown)
12(Dark Purple)
13(Black)
15(Yellow)
18(Healthy Pink)


Info Produk:
* Formula yang dibakar untuk menghasilkan tektur yang halus bak baldu.
* Warnanya tahan sepanjang hari kerana kandungan pigmentasi yang begitu tinggi.
* Memberi sentuhan yang berkemilauan dan glamour pada mata.
* Terdapat 10 tona warna yang sangat menarik.

Tips Aplikasi :
* Sapuan kering memberikan hasil yang lembut. Gunakan berus lembut seperti sponge brush.
* Sapuan lembab menjadikan warna lebih berkilau dan intens. Paking mudah - gunakan jari.


PRODUCT DESCRIPTION
* The baked formula can be easily applied with its velvety texture.
* Shade combinations ranging from matte to frost to satin for multiple looks, contrasting or complementary, get metallic effect in wet application which make the eyes glitter.
* Contained special pigments and oils ensure long-wear.
* Light weight and moisturized texture ensures full coverage.
* Available in 10 different colors.


CALL for order: 012-2399629/03-80515446/013-2028986

Eyeshadow: Terracota Harmony Mono Eyeshadow

Morning ladiesss....

What colour are your eyes today?
Have you bought FCC Terracotta Harmony?
Get it now at our counter or you can simply order online.
Interested??
Pls email nlynnda@yahoo.co.uk right NOW!!!


Eye Shadow Terracotta Harmony Mono Eyeshadow
Product Code:THE 


Tips Warna:
01(Dark Brown)
02(Light Brown to Yelowish)
03(Silvery)
05(Dark to Navy Blue)
06(Light Purple)
07(Yellowish Cream)
08(Soft Pink - I love this one :))
12(Very Dark Brown - I also adores this one. Natural :))
13(Green - I love this for smokey effect :)
14(Dark Pink - Natural and soft)

 

Tips Aplikasi :
* Sapuan kering memberikan hasil yang lembut. Gunakan berus lembut seperti sponge brush.
* Sapuan lembab menjadikan warna lebih berkilau dan intens. Paking mudah - gunakan jari.

 
PRODUCT DESCRIPTION
* Pigments to create brilliant shine, does not damage eye area.
* Versatile colors designed for easy application, smudge-proof and long wear.
* Moisturizes the eye area.
* Available in 10 different exotic colors. 


CALL for order: 012-2399629/03-80515446/013-2028986

TQ for support FCC.

Tuesday, February 14, 2012

Followers