Thursday, August 2, 2012

CANTIK - Tips Solekan




Cetusan warna hangat menghiasi kanvas majahmu. Solekan mata ditegaskan dengan rona gelap membingkai ruang mata memberikan ilusi berani dan seksi.
TRUE COLOR LIPSTICK
Serlahkan godaan solekan gothic pada bibirmu dengan pilihan warna dari True Color Lipstick. Rona garang dan gelap menjadi pilihan agar penampilan menjadi lebih berani dan hebat. Teksturnya lembut dan berkirim apabila dioles ke bibir dan kekal lama. Memberi litupan yang menyeluruh pada bibir yang seksi.
TENDER BLUSH ON
Hiasi pipi gebumu dengan sapuan pemerah pipi ini yang bakal menyerlahkan pesona wajah yang memukau. Teksturnya lembut serta sehalus sutera saat dilayangkan pada tulang pipi. Membantu menaikkan tulang pipi saat rona pemerah pipi ini melekat di pipi. Pelbagai pilihan warna yang menarik dan sesuai untuk semua jenis ton warna kulit.
SOFT TOUCH MONO EYESHADOW
Kerdipan mata yang menawan mampu diserlahkan dengan sapuan pembayang mata yang hebat. FCC turut menyediakan beberapa pilihan warna untuk pembayang mata yang menarik hanya dengan satu sentuhan. Pesona matamu akan lebih bersinar dan menggoda. Solekan juga akan tahan lebih lama.
TWEEN EXTENSION MASCARA
Mata memukau dengan sapuan maskara yang hebat, Tween Extension Mascara terbaru dari FCC. Didatangkan dalam dua tube dengan dua berus yang berbeza warna. Berus putih ialah untuk memisahkan setiap helaian bulu mata agar nampak satu persatu. Manakala berus hitamnnya ialah bagi menaikkan volumn bulu mata yang maksimum. Mengandungi vitamin E dan melindungi bulu mata akan kekal lama.
TIP SOLEKAN
  1. Solekan smokey eyes memberikan ilusi besar kepada mata yang bersaiz kecil.
  2. Caranya, memulakan garisan dari penjuru mata membawa ke tengah mengikut bentuk mata supaya mata tampak lebih besar. Kemaskan dengan rona pembayang mata pilihan.
  3. Jangan lupa lentikkan bulu mata anda dengan maskara hitam untuk kesan yang lebih dramatik.

Oleh: EDITORIAL NONA
Tarikh: 25 April 2012

No comments:

Post a Comment

Followers