Sunday, April 6, 2014

Apakah yang dimaksudkan dengan solekan Natural atau Asli?

Kepada para pencinta teknik solekan natural/asli
"The Best Thing Is To Look Natural, But It Takes Makeup To Look Natural"


Apakah yang dimaksudkan dengan solekan Natural atau Asli?
  • Solekan Natural memberikan maksud, solekan yang tampil tiada perbezaannya dengan warna kulit asal.
  • Solekan Natural memberikan penampilan kemas dan berseri tanpa menampakkan seolah-olah anda SEDANG BERSOLEK.
  • Kata Kunci Utama Solekan Natural ialah: Tanpa Nampak Bersolek 
  • "cantiknya kulit.... Macam Tak Mekap je... Macam Tak Mekap je..."

Solekan Natural memberikan penekanan kepada beberapa aspek berikut:
  1. Bedak Asas: 
    • Warna Bedak Asas mestilah tampil sama warna dengan kulit asal. 
    • Tidak lebih putih atau tidak lebih gelap dari kulit. 
    • Apabila anda tersenyum, garisan bibir tidak memberikan hasil lorekan yang berkerak menandakan anda sedang memakai bedak asas. 
    • Penggunaan CC Cream dan juga BB Cream memberikan kepuasan kepada pencinta solekan Natural kerana memberikan penampilan kulit wajah yang gebu tanpa nampak bersolek.
  2. Solekan Mata: 
    • Warna Solekan Mata tidak terlalu garang dan tidak terlalu pekat tetapi masih tampil memikat dengan warna-warna alami seperti coklat dan hitam. 
    • Koleksi Pencil KOHL FCC dan juga Soft Touch Eyeshadow menjadi pilihan solekan tanpa nampak bersolek.
  3. Pemerah Pipi: 
    • Pilihan Warna Pemerah Pipi mengekalkan keaslian warna pipi. Tidak terlampau merah seperti badut sarkis.
    • Penggunaan warna lembut seperti Baby Pink, Harmony dan Peach memberikan penampilan yang lembut dan menawan. 
    • Powder Pearl Blusher FCC Kod 01 merupakan Kod warna terbaik memberikan penampilan segar tanpa nampak bersolek.
  4. Gincu Bibir/Lipstick: 
    • Ramai yang tahu tentang pemilihan warna bibir jenis natural adalah warna-warna seperti coklat dan nude. 
    • Apa yang perlu anda fahami, Warna Natural terdiri daripada warna Soft Pink, Soft Peach, Soft Maroon dan Orange merupakan pilihan warna natural yang bersesuaian untuk pelbagai warna kulit.
    • Tidak semua orang nampak Natural apabila menggunakan warna Coklat.

Semoga Tips ini dapat membantu anda membuat pilihan.

Emailkan pertanyaan anda kepada azian@draz.my jika anda memerlukan konsultasi daripada saya secara peribadi.
Pertanyaan anda InsyaAllah akan cuba dijawab dengan segera.

Dapatkan pelbagai Tips Cantik dan Menarik di http://fcc-makeup.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Followers