Sunday, April 6, 2014

Apakah yang dimaksudkan dengan solekan Natural atau Asli?

Kepada para pencinta teknik solekan natural/asli
"The Best Thing Is To Look Natural, But It Takes Makeup To Look Natural"


Apakah yang dimaksudkan dengan solekan Natural atau Asli?
  • Solekan Natural memberikan maksud, solekan yang tampil tiada perbezaannya dengan warna kulit asal.
  • Solekan Natural memberikan penampilan kemas dan berseri tanpa menampakkan seolah-olah anda SEDANG BERSOLEK.
  • Kata Kunci Utama Solekan Natural ialah: Tanpa Nampak Bersolek 
  • "cantiknya kulit.... Macam Tak Mekap je... Macam Tak Mekap je..."

Solekan Natural memberikan penekanan kepada beberapa aspek berikut:
  1. Bedak Asas: 
    • Warna Bedak Asas mestilah tampil sama warna dengan kulit asal. 
    • Tidak lebih putih atau tidak lebih gelap dari kulit. 
    • Apabila anda tersenyum, garisan bibir tidak memberikan hasil lorekan yang berkerak menandakan anda sedang memakai bedak asas. 
    • Penggunaan CC Cream dan juga BB Cream memberikan kepuasan kepada pencinta solekan Natural kerana memberikan penampilan kulit wajah yang gebu tanpa nampak bersolek.
  2. Solekan Mata: 
    • Warna Solekan Mata tidak terlalu garang dan tidak terlalu pekat tetapi masih tampil memikat dengan warna-warna alami seperti coklat dan hitam. 
    • Koleksi Pencil KOHL FCC dan juga Soft Touch Eyeshadow menjadi pilihan solekan tanpa nampak bersolek.
  3. Pemerah Pipi: 
    • Pilihan Warna Pemerah Pipi mengekalkan keaslian warna pipi. Tidak terlampau merah seperti badut sarkis.
    • Penggunaan warna lembut seperti Baby Pink, Harmony dan Peach memberikan penampilan yang lembut dan menawan. 
    • Powder Pearl Blusher FCC Kod 01 merupakan Kod warna terbaik memberikan penampilan segar tanpa nampak bersolek.
  4. Gincu Bibir/Lipstick: 
    • Ramai yang tahu tentang pemilihan warna bibir jenis natural adalah warna-warna seperti coklat dan nude. 
    • Apa yang perlu anda fahami, Warna Natural terdiri daripada warna Soft Pink, Soft Peach, Soft Maroon dan Orange merupakan pilihan warna natural yang bersesuaian untuk pelbagai warna kulit.
    • Tidak semua orang nampak Natural apabila menggunakan warna Coklat.

Semoga Tips ini dapat membantu anda membuat pilihan.

Emailkan pertanyaan anda kepada azian@draz.my jika anda memerlukan konsultasi daripada saya secara peribadi.
Pertanyaan anda InsyaAllah akan cuba dijawab dengan segera.

Dapatkan pelbagai Tips Cantik dan Menarik di http://fcc-makeup.blogspot.com/

Wednesday, February 12, 2014

Tanya Sama Lynnda 04


Anda tanya... Saya jawab
Liz Lan merupakan MUA yang aktif menggunakan produk FCC
Beliau berkongsi persoalannya di dalam grup kami


Soalan saudari Liz Lan: Apakah base makeup FCC yang best?

Berikut adalah contoh jawapan dari saya [FB Personal Saya: Azian Jay]

"Kalau tujuan utk long lasting makeup:
  • jika membuat base makeup menggunakan produk FCC, base yang saya gunakan ialah FCC Stick. Mengapa FCC Stick? Ini adalah kerana ia mengandungi kolagen iaitu bahan asli yang sangat membantu di dalam melembutkan bahagian kulit yang kasar.
  • Bagi melembutkan rough lines (kedut tepi mata dan tepi bibir) saya menggunakan High Performance Foundation (HPF). Ia khas untuk kulit wajah yang banyak berkedut di sekitar bawah mata dan tepi mata serta garisan senyum di tepi bibir area. Untuk finishing saya akan gunakan Wet & Dry 2 Way Foundation
  • jika kulit customer kuat berpeluh atau berminyak saya akan gantikan dengan Stay Matte Foundation. Namun begitu, asas ataupun makeup base tetap saya gunakan FCC stick. Manakala untuk finishing saya akan gunakan Silky Touch Compact Powder.

Kalau tujuan untuk short term makeup dan tidak melibatkan photoshoot dll:
  • Saya hanya gunakan High Performance Foundation dan finishing dengan Wet & Dry 2 Way Foundation saja

BEST product yg saya tak pernah miss guna:
  • Terracotta Powder No 01 utk tulang kening (natural look tak nampak over sangat) & juga untuk menaikkan tulang pipi
  • Liquid Concealer FCC: saya suka guna untuk mencantikkan dan mengemaskan bahagian atas dan bawah kening yang besar dan bersepah

Foundation FCC paling cantik diaplikasikan ke wajah dengan menggunakan Stippling Brush"


Anda ada persoalan? 
Drop me an email, I am more than happy to assists you    

Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar anda
Call or SMS 012-2399629
Whatsapp ONLY +6010-5157758
ceo@draz.my

Sunday, January 26, 2014

Tips dan Panduan Bagaimana Memilih dan Menggunakan Lip Pencil




Langkah 1: Mulakan dengan mimilih Lip Pencil yang sama warna dengan bibir anda ataupun Gincu Bibir yang anda suka. Mulakan sapuan di bahagian atas bibir.

Langkah 2: Sapukan ke seluruh bahagian bibir atas

Langkah 3: Kemaskan bahagian tepi dan bawah bibir

Langkah 4: Sapukan bahagian bawah bibir dengan kemas

Langkah 5: Isikan ruang-ruang kosong dan kemaskan


kod pilihan warna menarik:
201: soft pink (FAV color)
202: Light Chocolate/Soft Brown
205: Dark Pink/Pink Terang
207: Red/Maroon Red (FAV Color)
210: Soft Peach

Dapatkan pilihan Lip Pencil anda sekarang!!!
Sesuai untuk semua jenis kulit.

Dapatkan khidmat nasihat pakar anda
Call or SMS 012-2399629
Whatsapp ONLY +6010-5157758
order@draz.my

Followers