Friday, July 20, 2012

JOM: Belajar Membentuk Kening

Bagaimana membentuk kening?

Untuk membentuk kening seperti di atas - SANGAT MUDAH
KENAPA? Sebab kening dah cukur cantik dan sangat kemas. Anda hanya perlu sapukan eyebrow pencil (Pensil kening) sahaja. 
Tetapi bagi anda yang ingin mempelajari teknik membentuk kening, begini caranya:
1. Gunakan berus kening (eyebrow brush) untuk mengemaskan kening
2. Gunakan berus kening senget (angled brow brush) untuk meletak warna yang digemari. Gunakan warna coklat gelap atau coklat. Elakkan menggunakan coklat kemerahan. Coklat gelap boleh diperolehi daripada eyeshadow ataupun dari pensil kening.
3. Sapukan dengan berhati-hati untuk bahagian hujung kening bagi mengelakkan ia tampil terlalu tebal. Kita hanya memerlukan hujung yang tajam bagi memberikan hasil yang cantik


Cabaran: Anda tahu bagaimana membentuk kening sebegini?
Kening Paling Susah nak buat

Jika anda mampu memberikan hasil terbaik dengan kening sebegini tanpa mencukur, barulah anda dikira seorang Makeup Artist yang berjaya/professional.
AzzaLynn Bridal ada menyediakan kursus Membentuk Kening tanpa perlu mencukur.


SELAMAT MENCUBA!!!

Friday, July 13, 2012

Tips MUA: Foundation tak melekat kat muka?

Question: Nak tanyer u all penah tak mengalami faudation stick tak melekat kat muka. walaupun primer or pelembab telah digunakan? shared sikit...




Answer by AzzaLynn Bridal: 
kalau foundation stick tak melekat, elakkan guna primer atau pelembab berlebih2an.. 
perkara ni berlaku sbb ada sesetengah kulit customer 'reject' foundation baik jenis stick/cream/liquid/dll... 
'Rejection' berlaku disebabkan kulit manusia menghasilkan sejenis rembesan cecair halus (kombinasi peluh dan minyak).... perkara ni mmg akan selalu kita jumpa sbb kulit kita memerlukan ruang utk bernafas... 
semua jenis foundation tak kira cream ke stick ke liquid ke spray ke akan beri effect sebegini... cara atasi, boleh guna jari atau berus foundation kecil.. bukan berus yg besar 3 inci tu ye.... guna yg saiz 1/2 inci je sbb kita nak elakkan masalah berlaku lebih besar. kena berhati2... blend guna berus berselang seli dgn span pink atau latex (tak berapa digalakkan guna) sehingga ia kembali OK ke asal... 
Di antara kawasan yg akan ketara nampak masalah ni ialah atas bibir di antara hidung dan bibir, di atas hidung yg kawasan bulat tu atau di atas batang hidung... kawasan2 tu paling selalu berlaku... 
Selepas dah kemas, cepat2 dab dengan fixing powder... 
Dermacos fixing powder mempunyai tekstur yg sangat halus, senang meresap kat kulit yg bermasalah 'rejection' ni... Dermacolor Fixing powder ataupun Translucent Powder agak kurang sesuai sbb tekstur dia mcm rice powder sket... 
Elakkan guna sebarang jenis cake makeup utk atasi masalah ini... cake makeup akan menambahkan masalah ini... selamat mencuba... sebab saya pun sentiasa hadapi masalah ni... :)






Followers