Friday, August 23, 2013

Tips Solekan Simple dan Nipis

Anda sukakan solekan simple?
Anda sukakan solekan nipis?


Jawapannya:
Gunakan Compact Powder ataupun Cake Makeup (juga dikenali sebagai Two Way Cake)

Apakah perbezaan Compact Powder dan juga Two Way Cake/Cake Makeup?
Compact Powder: 
- Menggunakan Sponge Puff
- Memberikan kesan gebu
- Bedaknya sedikit berdebu apabila puff tersebut menyentuh bedak dan disapukan ke wajah

Two Way Cake/Cake Makeup: 
- Menggunakan Sponge Latex
- Memberikan kesan matte iaitu kemas
- Bedaknya sedikit keras yang dipanggil cake
- Apabila puff menyentuh bedak, ia kurang berdebu dan apabila disapukan ke wajah ia akan tampak sedikit tebal




Kebiasaannya bagi anda yang tidak gemar bersolek pasti akan ada salah satu daripadanya di dalam tas tangan anda.
Fungsi kedua bedak tersebut adalah untuk memastikan kulit sentiasa dalam keadaan kemas, gebu dan tidak berkilat.

Pastikan bedak yang anda gunakan adalah betul dan tepat dengan mempelajari pelbagai teknik dan tips yang diajar oleh Mekap Artis Professional kami.

KLIK untuk Mendaftar Bengkel Solekan Peribadi bersama Mekap Artis Professional pada 15 September 2013 

Friday, July 12, 2013

RAHSIA dan Tips mendapatkan solekan mata yang cantik




Lagi-lagi Tips Solekan Mata
Bagaimana mendapatkan solekan mata secantik ini?
Anda ingin tahu caranya?





Langkah demi langkah:
Dapatkan Terracotta 4 Color Eyeshadow Kod Warna yang anda gemari daripada koleksi berikut

http://fcc-makeup.blogspot.com/2012/08/terracotta-4-color-eyeshadow.html

Saya berikan contoh bagi anda yang meminati warna ungu:
Ungu adalah warna yang penuh dengan Kasih Sayang dan mampu Mencuri Tumpuan orang terhadap penampilan anda.
Wah! Benarkah?



- Kod 06 adalah palet berwarna ungu yang mengandungi satu warna Ungu Gelap, Ungu Cair, Silver keputihan dan Silver Kehitaman
- Ambil warna ungu Cair Ungu Cair dan sapukan mengguna berus mata ke seluruh kelopak mata.
- Pastikan sapuan anda kemas dan teratur bagi memberikan hasil yang sempurna
- Kemudian gunakan berus mata yang kecil sedikit dan ambil warna Ungu Gelap dan sapukan pada bahagian yang berhampiran dengan bulu mata.
- Pastikan warna yang disapukan adalah separuh bahagian dari kelopak mata di mana anda menyapukan warna Ungu Cair tadi
- Perlu DIINGAT: Sapuan anda hendaklah secara dab dab. Jangan sesekali menyapu warna seperti teknik menyapu sampah di lantai
- Akhirnya gunakan berus yang halus sedikit dan sapu saki baki warna ke bahagian bawah mata bagi memberi kesan smoked atau smudged (comot) yg kemas dan cantik.
- Ia memberikan penampilan mata bundar dan seksi.

JANGAN LUPA! Maskara amat diperlukan bagi melengkapkan solekan mata anda.

Saya doakan anda dapat mempraktikkan panduan ini sebagai salah satu cara menggembirakan kehidupan anda. Hidup perlu dinikmati dengan warna-warna yang ceria!

Bagi yang ada masalah tak tahu nak buat atau masih blur blur katak, boleh lah berjumpa saya pada 21 Julai 2013
http://fcc-makeup.blogspot.com/2013/07/jom-cantik-raya-kenali-warna-dirimu.html

Apakah RAHSIA Warna dalam Solekan Mata Anda?

Hari ini saya nak kongsikan RAHSIA Warna dalam solekan
Haaa..... ingat main tonyoh je ke?
Ingat main ikut warna baju je ke?

Tahukah anda?
APA YANG ANDA PAKAI
APA YANG ANDA PILIH
Menentukan PERSONALITI anda pada hari itu

Tak tahu? Ni la yang kena ambil tahu... 



Saya kongsikan RAHSIA Warna dengan menggunakan koleksi Eye Shadow yang lebih hangat dan menarik iaitu Terracotta Mono Eye Shadow

Ada 10 pilihan warna menarik menanti anda.
AWESOME kan!

Mari saya perkenalkan koleksi 10 warna menarik yang bakal memberikan impak berbeza kepada penampilan anda:

No 01 - Dark Blue/Navy Blue -
Jika kerjaya anda seorang lecturer/trainer/cikgu amat perlu gunakan warna ini sewaktu sedang mengajar.
Warna ini juga sangat membantu anda jika anda seorang pelajar yang sering gugup dan kecut perut sewaktu penyampaian/pembentangan kertas kerja.
Nak tahu sebabnya?

No 02 - Light Purple/Soft Purple -
Jika anda ingin disayangi atau memerlukan perhatian seseorang, gunakan warna ini sewaktu berjumpanya .
Luahkan perasaan anda hanya melalui warna.
Aneh bukan?

No 03 - Light Green/Soft Green -
Jika anda mencari keseimbangan dalam diri, gunakan warna ini bagi menceriakan hari anda.
Pasti sangat menarik hari anda

No 06 - Soft Pink - penerangan sama seperti Purple

No 09 - White (very beautiful for highlight and to enhance your eye area) -
Untuk makluman, warna no 09 sangat sesuai dipakai secara ketara. Namun begitu ramai Makeup Artis menggunakan warna ini kerana hasilnya yang sangat menarik. Ia menyerlahkan bahagian mata anda tanpa perlu berkata apa-apa

No 10 - Brown (for natural look lovers) -
Anda sukakan privasi... tidak mahu tampil terlalu menyerlah... gunakan warna ini bagi menggapai impian anda

No 12 - Dark Purple - penerangan sama seperti Pink dan Purple

No 13 - Grey/Silver (dalam gambar nampak macam hitam tapi sebenarnya bukan hitam) -
Warna ini memberikan kerehatan dan ketenangan kerana ia adalah warna-warna alam yang asal... lupakan kesukaran dan kepedihan yang hadir dalam hidup anda hari ini dan jana minda baru yang lebih positif

No 15 - Gold/Yellowish -
Apabila anda rasa seolah tidak bermaya, berikan sentuhan warna kuning bagi menambat tenaga yg menghilang. Anda pasti kembali bersemangat dan dapat idea baru dalam menjayakan sesuatu.

No 18 - Pink - penerangan sama seperti Pink dan Purple

Apa kata anda?
Adakah ini dapat membantu anda membuat pilihan?
Anda faham?

Saya doakan anda dapat mempraktikkan panduan ini sebagai salah satu cara menggembirakan kehidupan anda. Hidup perlu dinikmati dengan warna-warna yang ceria!

Kami menyediakan Personal Coaching bagi membantu membina The New YOU
CALL 013-2028986/012-2399629
Email: azian@draz.my

Thursday, August 2, 2012

CANTIK - Tips Solekan




Cetusan warna hangat menghiasi kanvas majahmu. Solekan mata ditegaskan dengan rona gelap membingkai ruang mata memberikan ilusi berani dan seksi.
TRUE COLOR LIPSTICK
Serlahkan godaan solekan gothic pada bibirmu dengan pilihan warna dari True Color Lipstick. Rona garang dan gelap menjadi pilihan agar penampilan menjadi lebih berani dan hebat. Teksturnya lembut dan berkirim apabila dioles ke bibir dan kekal lama. Memberi litupan yang menyeluruh pada bibir yang seksi.
TENDER BLUSH ON
Hiasi pipi gebumu dengan sapuan pemerah pipi ini yang bakal menyerlahkan pesona wajah yang memukau. Teksturnya lembut serta sehalus sutera saat dilayangkan pada tulang pipi. Membantu menaikkan tulang pipi saat rona pemerah pipi ini melekat di pipi. Pelbagai pilihan warna yang menarik dan sesuai untuk semua jenis ton warna kulit.
SOFT TOUCH MONO EYESHADOW
Kerdipan mata yang menawan mampu diserlahkan dengan sapuan pembayang mata yang hebat. FCC turut menyediakan beberapa pilihan warna untuk pembayang mata yang menarik hanya dengan satu sentuhan. Pesona matamu akan lebih bersinar dan menggoda. Solekan juga akan tahan lebih lama.
TWEEN EXTENSION MASCARA
Mata memukau dengan sapuan maskara yang hebat, Tween Extension Mascara terbaru dari FCC. Didatangkan dalam dua tube dengan dua berus yang berbeza warna. Berus putih ialah untuk memisahkan setiap helaian bulu mata agar nampak satu persatu. Manakala berus hitamnnya ialah bagi menaikkan volumn bulu mata yang maksimum. Mengandungi vitamin E dan melindungi bulu mata akan kekal lama.
TIP SOLEKAN
  1. Solekan smokey eyes memberikan ilusi besar kepada mata yang bersaiz kecil.
  2. Caranya, memulakan garisan dari penjuru mata membawa ke tengah mengikut bentuk mata supaya mata tampak lebih besar. Kemaskan dengan rona pembayang mata pilihan.
  3. Jangan lupa lentikkan bulu mata anda dengan maskara hitam untuk kesan yang lebih dramatik.

Oleh: EDITORIAL NONA
Tarikh: 25 April 2012

Friday, July 20, 2012

JOM: Belajar Membentuk Kening

Bagaimana membentuk kening?

Untuk membentuk kening seperti di atas - SANGAT MUDAH
KENAPA? Sebab kening dah cukur cantik dan sangat kemas. Anda hanya perlu sapukan eyebrow pencil (Pensil kening) sahaja. 
Tetapi bagi anda yang ingin mempelajari teknik membentuk kening, begini caranya:
1. Gunakan berus kening (eyebrow brush) untuk mengemaskan kening
2. Gunakan berus kening senget (angled brow brush) untuk meletak warna yang digemari. Gunakan warna coklat gelap atau coklat. Elakkan menggunakan coklat kemerahan. Coklat gelap boleh diperolehi daripada eyeshadow ataupun dari pensil kening.
3. Sapukan dengan berhati-hati untuk bahagian hujung kening bagi mengelakkan ia tampil terlalu tebal. Kita hanya memerlukan hujung yang tajam bagi memberikan hasil yang cantik


Cabaran: Anda tahu bagaimana membentuk kening sebegini?
Kening Paling Susah nak buat

Jika anda mampu memberikan hasil terbaik dengan kening sebegini tanpa mencukur, barulah anda dikira seorang Makeup Artist yang berjaya/professional.
AzzaLynn Bridal ada menyediakan kursus Membentuk Kening tanpa perlu mencukur.


SELAMAT MENCUBA!!!

Friday, July 13, 2012

Tips MUA: Foundation tak melekat kat muka?

Question: Nak tanyer u all penah tak mengalami faudation stick tak melekat kat muka. walaupun primer or pelembab telah digunakan? shared sikit...




Answer by AzzaLynn Bridal: 
kalau foundation stick tak melekat, elakkan guna primer atau pelembab berlebih2an.. 
perkara ni berlaku sbb ada sesetengah kulit customer 'reject' foundation baik jenis stick/cream/liquid/dll... 
'Rejection' berlaku disebabkan kulit manusia menghasilkan sejenis rembesan cecair halus (kombinasi peluh dan minyak).... perkara ni mmg akan selalu kita jumpa sbb kulit kita memerlukan ruang utk bernafas... 
semua jenis foundation tak kira cream ke stick ke liquid ke spray ke akan beri effect sebegini... cara atasi, boleh guna jari atau berus foundation kecil.. bukan berus yg besar 3 inci tu ye.... guna yg saiz 1/2 inci je sbb kita nak elakkan masalah berlaku lebih besar. kena berhati2... blend guna berus berselang seli dgn span pink atau latex (tak berapa digalakkan guna) sehingga ia kembali OK ke asal... 
Di antara kawasan yg akan ketara nampak masalah ni ialah atas bibir di antara hidung dan bibir, di atas hidung yg kawasan bulat tu atau di atas batang hidung... kawasan2 tu paling selalu berlaku... 
Selepas dah kemas, cepat2 dab dengan fixing powder... 
Dermacos fixing powder mempunyai tekstur yg sangat halus, senang meresap kat kulit yg bermasalah 'rejection' ni... Dermacolor Fixing powder ataupun Translucent Powder agak kurang sesuai sbb tekstur dia mcm rice powder sket... 
Elakkan guna sebarang jenis cake makeup utk atasi masalah ini... cake makeup akan menambahkan masalah ini... selamat mencuba... sebab saya pun sentiasa hadapi masalah ni... :)






Followers